Sunday 27 November 2011

Sistem Suria


Apakah itu Sistem Suria?

Sistem suria terdiri daripada beberapa planet yang sedang berputar mengelilingi Matahari. Ia juga termasuk bulan, komet, asteroid, planet kecil, debu dan gas.
Segala benda yang ada pada Sistem Suria sentiasa mengelilingi Matahari. Di dalam Sistem Suria, 98% adalah bentuk matahari, ini kerana Matahari merupakan objek yang terbesar dan menjadi peranan penting di dalam Sistem Suria ini. Semakin besar sesuatu objek, semakin besar tarikan gravitinya. Oleh kerana Matahari sangat besar, maka ia menarik semua benda di sekelilingnya ke arahnya. Pada masa yang sama, objek yang lain sentiasa bergerak dan menjauhi ke arah lain di angkasa lepas. Akan tetapi, graviti pada Matahari juga sedang menarik mereka, menyebabkan mereka berada di tengah-tengah dan hanya bergerak mengelilingi Matahari.



Sistem Suria dibahagikan kepada 2 bahagian, iaitu bahagian dalaman dan bahagian luaran. Kedua-dua bahagian ini dipisahkan oleh lapisan Asteroid. Bahagian dalaman terdiri daripada planet Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh, manakala bahagian luaran terdiri daripada planet Musytari, Zuhal, Uranus,Neptun dan Pluto.


Matahari



Merupakan teras bagi Sistem Suria. Matahari merupakan sejenis bintang, dan bukannya planet. Ia sama dengan bintang-bintang lain yang kita lihat pada waktu malam, tetapi Matahari merupakan bintang yang kita dapat lihat pada waktu siang. Ia boleh dikatakan merupakan bintang paling dekat dengan bumi. Matahari terdiri daripada 75% Hidrogen dan 25% Helium. Suhu pada Matahari boleh mencecah sehingga 15juta °C, dan kepanasannya boleh dirasai dari jarak yang jauh. 


Planet-planet dalam Sistem Suria:

1. Utarid

Utarid merupakan planet yang paling dekat dengan Matahari dan juga merupakan planet yang kelapan besar di dalam Sistem Suria. Ia merupakan planet yang berbatu. Kapal angkasa 'Marine 10' pernah melawat ke planet Utarid dan juga merakam permukaan planet ini sebanyak 45%. Saintis percaya bahawa terdapat aktiviti gunung berapi pada planet ini. Suhu pada planet ini adalah kira-kira 90 Kelvin hingga 700 Kelvin. Planet ini juga merupakan satu-satunya planet yang tidak mempunyai bulan.

2. Zuhrah

 Planet Zuhrah merupakan planet kedua dekat dengan matahari dan juga merupakan planet yang keenam besar di Sistem Suria. Ia juga merupakan planet yang berbatu dan diselaputi dengan awan kuning. Awan ini bukan seperti awan di bumi yang mengandungi air. Awan kuning ini mengadungi racun yang juga dikenali sebagai asid sulfurik. Suhu pada planet ini mencecah sehingga bumi 400°C.     

3. Bumi


Bumi merupakan planet ketiga dekat dengan matahari dan juga merupakan planet yang kelima besar di Sistem Suria. Bumi merupakan planet yang unik berbanding dengan planet-planet lain. Bumi merupakan planet yang paling tumpat berbanding dengan planet-planet lain. Ia menjadi rumah bagi berjuta-juta jenis spesis kehidupan, termasuk manusia. Ia juga dikenali sebagai planet biru, dimana 71% permukaannya merupakan laut ataupun air. Teras bumi mempunyai suhu 7500 Kelvin, yang lebih kurang sama dengan permukaan Matahari. Planet Bumi mempunyai satu Bulan yang mengelilinginya.


4. Marikh

Planet Marikh merupakan planet keempat berhampiran dengan Matahari dan juga merupakan planet ketujuh besar di Sistem Suria. Planet ini merupakan planet yang sejuk, di mana kedua-dua kutub planet ini merupakan Karbon Dioksida yang pejal. Planet ini menjadi kajian bagi saintis-saintis pada hari ini, di mana mereka menganggap planet ini mungkin boleh dijadikan Bumi yang kedua bagi kehidupan bumi. Planet Marikh mempunyai 2 bulan yang mengelilinginya yang dikenali sebagai 'Phobos' dan 'Deimos'.


5.Musytari 

Planet Musytari merupakan planet yang kelima hampir dengan Matahari, dan juga merupakan planet yang terbesar di antara sembilan planet di Sistem Suria. Ia mempunyai saiz kira-kira 318 kali ganda besar daripada Bumi. Planet ini terdiri daripada 90% Hidrogen dan 10% Helium. Saintis mendapati bahawa di dalam planet ini terdapat angin yang bergerak dalam kelajuan 400m/jam pada latitud planet ini. Oleh sebab itu, kita boleh lihat jalur-jalur yang terbentuk pada permukaan planet ini. Planet ini juga mempunyai lebih kurang 64 bulan, termasuk empat bulan gergasi yang dikenali sebagai Bulan Galilean, sempena nama saintis yang menemui bulan-bulan ini, iaitu galileo Galilei pada tahun 1610.


6. Zuhal

Planet ini merupakan planet yang keenam hampir dengan Matahari, dan juga merupakan planet yang kedua besar di Sistem Suria. Ia terdiri daripada 75% Hidrogen dan 25% Helium. Ia merupakan planet yang terkenal kerana ia mempunyai banyak lingkaran pada luar planet ini. Lingkaran pada luar planet ini kebanyakannya merupakan ais dan termasuk juga batu-batu yang disaluti dengan lapisan ais. Planet Zuhal sendiri merupakan planet yang terdiri daripada bahan yang tumpat dari pada air. Jika ia diletakkan ke dalam kolam yang besar, planet ini juga akan terapung seperti air batu biasa. Ia mempunyai  18 bulan yang mengelilinginya.


7. Uranus

Uranus merupakan planet yang ketujuh hampir dengan Matahari dan merupakan planet ketiga besar di Sistem Suria. Permukaan planet ini terdiri daripada batu-batu dan juga ais. Uranus merupakan satu-satunya planet yang mengelilingi Matahari dalam sudut orbit yang berlainan. Planet ini mempunyai 15 bulan termasuk 5 bulan yang besar dan selebihnya adalah bulan yang kecil.


8. Neptun 

Neptun merupakan planet yang kelapan dekat dengan matahari dan juga planet yang planet keempat besar di antara semua planet. Jika orbit Pluto berputar dan menyimpang ke hadapan Neptun, maka ia menjadi planet yang kesembilan jauh dari Matahari. Jika dibandingkan dengan Uranus, Neptun mempunyai jisim yang lebih besar walaupun saiznya kecil daripada Uranus. Planet ini mempunyai 8 bulan, satu bulan besar yang dikenali sebagai 'Triton' dan selebihnya merupakan bulan yang kecil.


9. Pluto 

Planet ini merupakan planet yang paling jauh dan juga paling kecil di dalam Sistem Suria. Ia juga dikenali sebagai planet kerdil, ini kerana saiznya yang sangat kecil. Setakat ini, tiada maklumat yang lebih lanjut mengenai kajian keatas planet ini. Saintis yang bergantung kepada bulan pada planet ini, iaitu 'Charon' untuk mengkaji sifat-sifat pada planet ini. Ia juga boleh menjadi planet yang kelapan dekat dengan Matahari, jika ia berputar ke arah hadapan Neptun.


10 . Asteroid



Lapisan Asteroid ini merupakan lapisan yang membahagikan bahagian planet dalaman dan planet luaran dalam Sistem Suria. Ia terdiri daripada beribu-ribu batu dan logam yang mengelilingi Matahari. Terdapat lebih kurang 7000 asteroid yang taleh ditemui. Kebanyakan asteroid ini mempunyai diameter atau panjang sepanjang 100KM, dan paling kecil sekurang-kurangnya mempunyai 1KM.











3 comments: