Friday 9 December 2011

Gerhana Matahari

Gerhana Matahari
berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnyaiaitu apabila Bumi –Bulan- Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus. Lihat rajah di bawah.


 

 
Ia berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan Matahari dilindung oleh objek yang besar iaitu Bulan. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.


 
Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.
Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.

Gerhana Penuh

Gerhana Separuh



Gerhana Analus

 

Bayang-bayang Bulan yang besar menutup bahagian kecil Bumi menjadikan sekitarnya menjadi gelap-gelita – seperti malam, dan berlaku pada masa yang singkat sahaja.

Salah satu kejadian unik yang berlaku semasa gerhana Matahari penuh ialah fenomena gerhana cincin.


Ini terjadi kerana bahagian Bulan yang berkawah tidak menutupi selengkapnya bahagian Matahari. Oleh sebab itu, bahagian tertentu itu melimpahkan cahaya Matahari seperti batu cincin yang berkilau.
Sekiranya kita berada dalam situasi gerhana Matahari, kita tidak boleh melihat Matahari secara langsung. Ini kerana cahaya Matahari yang sangat tajam boleh merosakkan titik fokus dalam mata yang boleh menyebabkan buta.

Jadi, gunakanlah alat bantu yang sesuai, seperti negatif filem hitam yang ditindih kira-kira 3 keping, atau melalui besen berisi air, atau cermin mata khas seperti gambar di atas (bukan cermin mata 3D yang diberi pinjam di pawagam! Itu tidak boleh!).













1 comment:

  1. very nice and attractive visual. ^_^

    ReplyDelete